You are here: Bandar Tasik Puteri » Taman Perumahan » Taman Perumahan

Santuari Pinggir Bandar

Bandar Tasik Puteri merupakan kawasan yang kaya dengan bentuk muka bumi yang semulajadi dengan tasik semulajadi serta tanaman hijaunya yang luas terbentang di tanah seluas 2,670 ekar. Ia di kelilingi oleh kejiranan terkenal seperti Kuang, Kundang, Batu Arang dan Rawang; yang secara kolektif dikenali sebagai sebahagian daripada Utara Lembah Kelang

Jauh dari hiruk pikuk kesibukan bandar Kuala Lumpur, kawasan ini merupakan projek mega yang terancang dengan satu kelainan. Dibina sebagai Pusat Integrasi Urban di Utara Lembah Kelang, Bandar Tasik Puteri direka sedemikian rupa dengan konsep yang sama dengan rekaan komuniti keluarga seperti di Amerika Syarikat dan Australia dengan mengekalkan ciri unik gaya hidup rakyat Malaysia

Bandar Tasik Puteri merangkumi komponen perumahan, komersial dan rekreasi dan di bina untuk menarik lebih kurang 120,000 orang penduduk apabila siap dan ini sahaja akan menjadikannya antara pembangunan yang terbesar dan paling unik di utara Lembah Kelang. Bandar Tasik Puteri mempunyai visi untuk memenuhi keperluan dan jangkaan semua pembeli rumah di utara Lembah Kelang yang mencari kemudahan moden dan persekitaran yang terpencil untuk dijadikan rumah kediaman.


Pembangunan Hebat di Wilayah Utara

Pelancaran Bandar Tasik Puteri telah mengubah kualiti dan gaya hidup di bahagian utara. Kerjasama yang erat dari kerajaan negeri telah menyediakan kemudahan awam yang lebih baik dan taman perumahan ini telah maju secara progresif dengan menyediakan kehidupan yang lebih baik dan memberi peluang-peluang komersial.

Pendidikan, kesihatan, hiburan, rekreasi, sukan dan pelancongan merupakan sebahagian daripada visi taman perumahan ini untuk memenuhi keperluan masyarakat yang sentiasa berkembang. Bagi pembeli bijak yang mencari kediaman selesa dan kemudahan yang komprehensif, Bandar Tasik Puteri sudah tentu menjadi pilihan utama mengatasi pilihan-pilihan lain.

Koridor

Bandar Tasik Puteri mempunyai konsep koridor untuk masyarakat yang dinamik. 5 koridor yang berbeza ini dinamakan Value Corridor, Quality Corridor, Business Corridor, Recreation Corridor and Premier Corridor.

Value Corridor
Value Corridor menawarkan lebih nilai untuk wang anda dengan harga yang anda mampu yang merangkumi pangsapuri deluxe, rumah teres dua tingkat dan setingkat. Harga ditawarkan dari RM42,000 untuk pangsapuri kos rendah hingga RM150,000 untuk rumah teres kos sederhana.
Quality Corridor
Quality Corridor menawarkan harga diantara RM180,000 dan RM500,000 se unit merangkumi rumah teres, rumah berkelompok, rumah berkembar, dan banglo.

Hartanah di Quality Corridor berbeza dengan Value Corridor dari segi keluasan binaan dan tanah yang lebih besar, kemasan yang lebih baik dan teliti dengan landskap yang lebih baik dan terletak di lokasi yang lebih tinggi dengan pemandangan indah di kawasan kepadatan yang rendah.

Business Corridor
Sebagai Pusat Integrasi Urban, Bandar Tasik Puteri mempunyai pusat kemudahan untuk perniagaan runcit, borong, makanan, bersantai, hiburan dan menjadi hos untuk perkhidmatan perniagaan.

Business Corridor seluas 300 ekar ini akan dibangunkan beberapa hartanah merangkumi 3 hingga 4 tingkat kedai-pejabat-apartmen, bangunan komersial, komplek membeli-belah, hotel, hipermarket, medan perniagaan, dan bermacam-macam lagi untuk warga taman dan juga penduduk sekitar.

Pembangunan terkini merupakan 320 unit kedai buka depan berganda yang dipanggil Medan Puteri dan 150 lagi kedai yang akan diluaskan untuk memenuhi keperluan membeli-belah harian bagi penduduk yang semakin pesat bertambah.

Recreation Corridor
Tasik Puteri Golf & Country Club ketika ini mempunyai padang golf 18 lubang dan akan luaskan menjadi 27 lubang pada tengah tahun 2007. Puteri Central Park yang mempunyai keluasan 33 ekar, terletak di tengah-tengah taman perumahan ini adalah merupakan sebahagian daripada Recreation Corridor.
Premier Corridor
Bagi mereka yang inginkan eksklusiviti dan kepuasan kediaman dengan rekabentuk yang unggul dan ruang kehidupan yang canggih, Premier Corridor yang sedang dalam perancangan pastinya akan menjadi pilihan anda.

Laluan Jalanraya

Dengan kemudahan laluan melalui empat lebuhraya utama iaitu Lebuhraya Asam-Jawa Templer (LATAR), Lebuhraya Shah Alam-Kuang , Lebuhraya Pantai Barat dan Utara Lembah Kelang, Bandar Tasik Puteri menjadi salah satu satu pembangunan yang paling bertumpu dari segi potensi populasi, peluang pekerjaan dan perniagaan.

Sila klik di sebelah kiri untuk imej bersaiz penuh.