You are here: Bandar Tasik Puteri » Taman Perumahan » Pemaju Hartanah
Asia Pacific Land Berhad atau AP Land sangat dikenali sebagai salah sebuah kumpulan hartanah yang terbesar di Malaysia yang memberi tumpuan kepada projek pembangunan perumahan, kompleks membeli-belah , pejabat komersial dan perhotelan.

Ditubuhkan pada tahun 1961, projek terkini dan yang terbesar mereka adalah Bandar Tasik Puteri, Rawang. Ia merupakan projek yang sedang dalam pembinaan sebagai Pusat Integrasi Urban di Wilayah Utara Lembah Kelang.

Kawasan seluas 2,670 ekar itu akan menjadi pusat perumahan, komersial, perniagaan, rekreasi, budaya dan pendidikan. Setelah siap kelak, Bandar Tasik Puteri akan menarik seramai 120,000 jumlah penduduk dari segenap lapisan masyarakat dan meletakkannya diantara pembangunan terbesar dan paling unik di utara Lembah Kelang.

Syarikat-syarikat pemaju yang berada didalam Kumpulan Asia Pacific Land Berhad Group di Bandar Tasik Puteri, Kundang, Rawang, Selangor adalah Rawang Lakes Sdn Bhd, APL Hotel Sdn Bhd, Bakti Dinamik Sdn Bhd dan Hotel Fair Lane Holdings Sdn Bhd. Kumpulan syarikat ini sedang giat membangunkan Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Bandar Tasik Puteri sebelum dibangunkan Bandar Tasik Puteri sekarang

Pemaju lain di Bandar Tasik Puteri adalah Indah Jaya Development Sdn Bhd, anak syarikat Low Yat Group Berhad. Kumpulan Low Yat bertanggung jawab untuk pembangunan di BB Park, Kuala Lumpur, Hotel Grace, Sydney dan Plaza Low Yat , Kuala Lumpur.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AP Land Berhad, sila layari www.apland.com.my