You are here: Bandar Tasik Puteri » Kemudahan » Tasik Puteri Golf & Country Club

Tasik Puteri Golf & Country Club

Tasik Puteri Golf & Country Club terletak di tengah-tengah Bandar Tasik Puteri. Meliputi padang golf 27 lubang yang mencabar dan direka oleh Australian Golf Management dan dilengkapi dengan Rumah Kelab yang direka dengan gaya resort.

Pemain golf hanya melalui perjalanan yang singkat dengan pemandangan menarik Bandar Tasik Puteri, Kundang ke Tasik Puteri Golf & Country Club dengan mudah dari Jalan Kuching atau Tol Jalan Duta.

Ternyata sebagai salah satu kelab golf popular di Malaysia, padang golf ini mempunyai dua lubang sembilan (nine) yang popular, dinamakan Puteri Nine dan Putera Nine. Ia adalah lubang pengenalan, par 3 lubang 8, yang di sebut sebagai Princely Charm, penggemar golf pasti tidak akan melepaskan peluang bermain disini. Lubang sembilan ketiga, Tasik Nine, ketika ini sedang dibina dan akan dibuka untuk perlawanan menjelang akhir tahun 2007. Apabila siap, ia akan menjadi salah satu padang golf yang terbesar di Lembah Kelang.

Tasik Puteri Golf & Country Club bergabung dengan beberapa kelab golf tempatan dan luar negara dan selalu ditempah untuk pertandingan golf. Ia dibuka kepada umum dan disamping itu juga menyediakan keistimewaan keahlian kelab tahunan untuk pelanggan tetap.

Buat masa ini, Rumah Kelab mempunyai a 24 lapangan sasar (driving range), satu kolam renang dan restoran yang menghidangkan masakan Cina dan Jepun. SPA sedang dalam pembinaan.

Tasik Puteri Golf & Country Club mempunyai rangkaian dengan Damai Golf & Country Club (Sarawak), Kelab Golf Miri (Sarawak), Pantai Mentiri Golf Club (Brunei), The Golf Club, Datai Bay Langkawi, Strathfield Golf Club (Sydney, Australia), Huatang International Golf Club (China), Ocean Bay Golf Club (Xinlong, Hainan, China), The Masters Golf & Country Club, Graha Helvetia Golf & Country Club (Medan, Indonesia), Hirao Golf & Country Club (Japan), Hanoi Golf Club (Vietnam)

Yuran Untuk Padang
Hari Biasa RM 105 seorang (termasuk yuran padang, bugi golf, insuran dan cukai perkhidmatan)
Hujung minggu (siang) RM 168 seorang (termasuk yuran padang, bugi golf, baucer buffet tengahari, 1 botol air mineral, insuran dan cukai perkhidmatan)
Hujung minggu (malam) RM 116 seorang (termasuk yuran padang, bugi golf, , 1 botol air mineral, insuran dan cukai perkhidmatan)
Yuran Kedi RM 42 + 5% cukai perkhidmatan
Insuran Harian RM3.00 seorang (wajib)
Waktu Tee Bermula 7.15 pagi
Kasut Golf Soft spikes
Sewa Kelab Golf RM 52.50 satu set
Kod Pakaian Pakaian Golf yang sesuai.


**Nota:

Tasik Puteri Golf & Country Club ditutup setiap Isnin.

Tempahan awal disediakan.Untuk maklumat lanjut tentang tempahan dan keahlian, sila hubungi Tasik Puteri Golf & Country Club di nombor berikut:

Tel: +603 6034 4721 / 4722

Fax: +603 6034 4723