You are here: Bandar Tasik Puteri » Kemudahan » Taman-taman

Puteri Central Park merupakan kawasan rekreasi utama bagi warga Bandar Tasik Puteri. Dibina ditanah seluas 33 ekar, mungkin merupakan taman rekreasi terbesar di kawasan taman perumahan yang terletak di tengah-tengah Bandar Tasik Puteri. Sebagai sebuah taman permainan rekreasi yang unik untuk meransang minda dan otot, taman ini menyediakan pelbagai tarikan untuk berehat dan berekreasi kepada para penduduk sekitar. Ini termasuk taman permainan kanak-kanak, dewan serbaguna, lorong jogging, tarikan air, menara tinjau, gazebo, peralatan sukan,kawasan perniagaan dan pameran serta landskap kontemporari. Terdapat banyak kawasan parkir yang luas bagi mereka yang datang dari jauh untuk melawat taman ini.

Selain itu, tidak jauh selepas pintu masuk Bandar Tasik Puteri, terdapat wetland dimana pelbagai spesis burung eksotik dan burung yang berhijrah pulang. Kerajaan Negeri Selangor secara rasminya mengisytiharkan wetland ini sebagai santuari burung dimana sebarang pemburuan dibenarkan sama sekali, kawasan ini menjadi habitat semulajadi kepada kebanyakan burung air dan spesis burung yang lain. Pada waktu petang pula,kawasan ini penuh dengan pelbagai jenis burung yang singgah di wetland ini yang mengkagumkan para mencinta burung. Menara tinjau juga didirikan untuk kemudahan pencinta alam melihat kecantikan alam semulajadi.