You are here: Bandar Tasik Puteri » Kemudahan » Perkhidmatan Komuniti

Perkhidmatan Komuniti

Masjid

Diserahkan kepada komuniti taman pada January 2008. Masjid ini mampu memuatkan seramai 2,000 ke 2,500 orang jemaah pada satu masa. Ia dipilih sebagai pusat aktiviti keagamaan.
Balai Polis

Beroperasi sejak July 2008 dan terletak di tengah-tengah pusat komersial BTP – Medan Puteri. Ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial untuk keselamatan penduduk.

Tel: 03-6034 3578

Ketua Balai : Sarjan Azmi

Pejabat Pos

Penduduk boleh menggunakan semua jenis perkhidmatan pos di Pejabat Pos yang sekarang sudah beroperasi di Bandar Tasik Puteri.

Terletak dilokasi strategik di Medan Puteri, Pejabat Pos BTP mengurangkan kerumitan menjalankan urusan pos di Batu arang atau Bandar Country Homes.

Perkhidmatan pos yang disediakan di Pejabat Pos BTP termasuk mel biasa dan perniagaan , mel khas seperti Pos Ekspres, Pos Daftar, Mel Berinsuran dan perkhidmatan pembayaran bil.

Pengangkutan

Untuk kemudahan pengangkutan, penduduk boleh menggunakan pengangkutan awam yang berulang-alik melalui Bandar Tasik Puteri.

Masa 5.36 am – 8.06 pm

(dari BTP ke KL)

8.54 am – 11.39 pm

(dari KL ke BTP)

No. LN 207
Perhentian Chow Kit
Kos RM3.40 ke KL
Pasar Basah

Pasar Malam

Acara mingguan yang popular bagi penduduk Bandar Tasik Puteri. Terdapat berbagai jenis barang yang dijual termasuk makanan kering dan basah, pakaian, barangan kulit, alat perkakas dan barangan plastik.

Beroperasi pada pukul 5.00ptg hingga 10.00mlm setiap malam Rabu.


Pasar Tani

Pasar mingguan yang dianjurkan oleh FAMA ini diadakan setiap Isnin dari pukul 4 petang hingga 9 malam. Dapatkan barang makanan anda disini yang didatangkan segar dari ladang

Bazar Ramadan

Sepanjang Bulan Puasa, satu kawasan khas disediakan untuk Bazar Ramadan di Bandar Tasik Puteri.

Sebanyak 150 buah gerai yang telah berdaftar menjadikan bazar ini yang terbesar diwilayah utara dengan ribuan pelanggan di kawasan ini dan kawasan sekitarnya.