You are here: Bandar Tasik Puteri » Kemudahan » Pendidikan

Lapan sekolah rendah dan lima sekolah menengah telah diperuntukkan untuk pembangunan 10 tahun lagi untuk mencerminkan visi pendidikan dimana tiga darinya sudahpun beroperasi mendidik anak muda. Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri (SK BTP) menyediakan pendidikan rendah dengan 80 bilik darjah, dengan kapasiti sehingga 3,135 orang pelajar. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri (SMK BTP) pula mempunyai 40 bilik darjah untuk menempatkan sekitar 1,400 orang pelajar.

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SBPIR) merupakan sekolah agama berasrama yang mampu menampung sehingga 500 orang pelajar muslim didalam 21 bilik darjah. Kementerian Pelajaran menawarkan kesemua kemudahan dan kelengkapan belajar terkini untuk memberikan masa depan yang cerah kepada anak anda..

Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri +603 6034 2978
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri +603 6034 288
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang +603 6034 8192 / 6091 6410


Sebagai tambahan, kami mempunyai kolej swasta – Victoria International College kampus Bandar Tasik Puteri, Rawang yang melatih pakar kesihatan. Pelajar boleh memilih untuk melanjutkan kepakaran mereka dalam bidang farmasi, fisioterapi dan kejururawatan. Pelajar juga diwajibkan untuk menjalani latihan di kampus dan latihan praktikal di hospital swasta dan kerajaan.

Kolej ini mempunyai kemudahan yang komprehensif supaya pelajar dapat menumpukan sepenuhnya kepada pengajian mereka dengan kemudahan pendidikan yang terkini. Bahkan, kolej ini dilengkapi dengan kemudahan pendidikan yang menepati syarat-syarat ketat dari semua rakan universiti dan badan pemeriksaan. Kampus Rawang ini juga akan terus dibangunkan demi kepentingan penduduk dan para pelajar.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi institut pendidikan tersebut di:

Victoria International College – Kampus Rawang

No.37, Jalan Hijau 5/3,

Bandar Tasik Puteri

48020 Rawang,

Selangor Darul Ehsan

Tel: +603-6034-3052

Fax: +603-6034-2985